Rabu, 15 Oktober 2008


Parameswara di Palembang
1.
Melaka telah diasaskan oleh seorang putera raja yang berasal dari Pelembang
Timur Sumatera iaitu Parameswara. Beliau telah mengasaskan Melaka pada 1400
2.
palembang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya
3.
Palembang juga pernah menjadi negara di bawah kekuasaan Majapahit
4.
Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah mengambil kesempatan
untuk membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit
5.
Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan selepas
diserang Majapahit
6.
Parameswara telah lari ke Temasik

Parameswara di Temasik
1.
Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit,
Parameswara bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang laut berundur ke
Temasik (Singapura)
2.
Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang wakil kerajaan
Siam. Beliau telah meyambut Parameswara dengan baik
3.
Parameswara berpandangan bahawa Temasik boleh berkembang maju kerana
kedudukannya yang strategik
4.
Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak
pertuanannya
5.
Parameswara bertindak memunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik selama
lima tahun. Baginda berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan
Srivijaya
6.
Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan baginda bersama-sama
pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di Muar
Kedatangan Parameswara
1.
Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan
2.
Pada tahun 1400. Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui
Sening Hujung dan Bertam
3.
Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan
pohon api-api dan pokok bakau di persisiran pantai
4.
Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun
5..
Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang Melayu dan
Orang Asli. Pekerjaan utama mereka ialah nelayan
6.
Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan
mendirikan kota kerana kedudukannya berhampiran laut

Faktor-faktor Pemilihan Melaka
1.
Parameswara mendapati kedudukan tersebut amat baik kerana berhampiran laut
yang menjadi laluan kapal dagang
2.
Bekalan aiir bersih juga mudah diperolehi
3.
Bentuk muka bumi yang berbukit bukau juga boleh dijadikan petunjuk bagi pekerja dan
memudahkan urusan mengawal Selat Melaka
4.
Pokok Bakau dan api-api boleh dijadikan benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi

Asal-usul Nama Melaka
1.
Sejarah Melayu
Pokok Melaka
I.
Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing
perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok
II.
Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan
tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk
dijadikan negeri
2.
Istilah Arab
Mulaqah, Malakat
I.
Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab
II.
Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud 'pertemuan'
III.
Mereka juga menyebut Melaka 'Malakat' yang bermaksud 'perhimpunan segala dagang'
3.
Mitos Hindu Karya Skanda Purana (Bahagian berjudul Vaishnara Khanda)
Pokok Amalaka
I.
Nama ini diambil daripada pokok iaitu sepohon pokok iaitu pokok Amalaka
yang pertama tumbuh di alam semesta
II.
Poko ini dianggap mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan
kekuatan
III.
Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana pokok ini dikaitkan dengan kediaman
agama Hinduu iaiatu Brahma Vishu. Buahnya juga dianggap buah ajaib
IV.
Oleh sebab pelabuhan Melaka berkembang pesat, pedagang-pedagang Hindu
mengaitkan Melaka dengan pokok tersebut
Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka
1.
Parameswara adalah seorang pemimpin yang bijak dan mempunyai wawasan
2.
Beliau cekap dalam perancangan membangun dan memajukan Melaka menjadi
sebuah pelabuhan yang dapat menarik pedagang asing
3.
Beberapa langkah yang berkesan telah diambil oleh Parameswara untuk
membangunkan Melaka menjadi pelabuhan entrepot
Kemudahan Pelabuhan di Melaka
1.
Parameswara bijak merancang dan berusaha gigih untuk memantapkan kemudahan yang
terdapat di pelabuhan Melaka
2.
Baginda telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti
a.
Kemudahan gudang untuk menyimpan barang
b.
Kemudahan membaiki kapal
c.
Kemudahan pengangkytan seperti kapal, perahu, jong, lancara. Gajah dan pekerja
turut disediakan
d.
Bekalan air bersih dan makanan
Menjalinkan Hubungan dengan Siam
1.
Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam iaitu dengan menghantar ufti tahunan
2.
Oleh demikian, Melaka tidak diserang oleh Siam dan menjadikan keadaan Melaka
aman dan damai
3.
Siam juga mengiktiraf kedaulatan Melaka
Hubungan dengan Negara China
1.
Mengasaskan perhubungan baik dengan China untuk menjamin keselamatan Melaka
2.
Hubungan persahabatn dengan China telah membawa kepada perkembangan Melaka
dengan lebih pesat lagi
3.
Kedatanga Laksamana Ying Ching, utusan Maharaja China ke Melaka pada tahun
1404 telah membuka jalan untuk menjalinkan perhubungan dengan China
4.
Hubungan ini tidak terputus, pada tahun 1405 dan 1409, Laksamana Cheng Ho telah
datang melawat Melaka mewakili maharaja China
5.
Parameswara telah memohon perlindungan China dan bersetuju menghantar ufti
6.
Sebagai balasan kerajaan China telah mengurniakan
a.
payung kuning
b.
cap mohor
c.
sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan
7.
Antara faedah yang diperoleh ialah
a.
Kerajaan Melaka telah diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat
b.
Parameswara telah diiktiraf sebagai raja yang berdaulat
c.
Melaka memperoleh perlindungan daripada ancaman Siam
d.
Perhubungan ini membolehkan Melaka berkembang maju dan aman damai
Sistem Pemerintahan yang Teratur
1.
Parameswarra juga telah membentuk sistem pemerintahan yang teratur
2.
Baginda telah mewujudkan jawatan seperti
a.
pembesar yang bertanggungjawab dal hal ehwal balairung seri
b.
40 orang bentara untuk menjalankan perintah raja
c.
Biduabda kecil membawa alat-alat kebesaran raja
3.
Parameswara dan pembesar-pembesar telah menyumbang kepada pembangunan Melaka
ketika itu.
Bantuan Orang Laut
1.
Mewujudkan keamanan dengan membentuk sebuah angkatan laut demi menjamin
keamanan dan kemakmuran Melaka
2.
Angkatan laut ini terdiri daripada Orang Laut untuk melindungi pedagang daripada
serangan lanun
3.
Orang Laut mempunyai ciri-ciri kepahlawanan serta mahir tentang selok belok
Selat Melaka
4.
Sikap mereka yang taat setia kepada sultan dan kerajaan tela memberikan sumbangan
yang besar kepada keamanan dan kemajuan perdagangan Melaka
LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Sistem Perundangan
1.
Parameswara juga telah mewujudkan sistem perundangan untuk perdagangan, kegiatan
pertanian dan kesalahan jenayah
2.
Sistem perundangan ini akan membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan Melaka
oleh yang demikian Parameswara dapat membina Melaka dengan berkesan

revisi cepat bab empat

LANGKAH-LANGKAH PARAMESWARA MEMBINA MELAKA
Ikatan Konsep Daulat
1.
Melaka tidak akan maju dan membangun jika Parameswara tidak dibantu oleh
rakyatnya yang terdiri daripada Orang Melayu, Orang Laut dan Orang Asli
2.
Ketiga-tiga kaum ini memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan Melaka
a.
Orang Asli - membekalkan hasil hutan seperti ubat-ubatan, gaharu, cendana, damar
rotan dan lain-lain untuk kegiatan perdagangan
b.
Orang Laut - membekalkan hasil laut seperti ikan dan menjaga keselamatan
Selat Melaka
c.
Orang Melayu-ketua-ketua dalam masyarakat Melayu dilantik memegang jawatan
seperti hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka
3.
Melaka berkembang maju dan membangun dengan cepat hasil semangat negara, taat
sedia berkorban rakyatnya demi negara, taat setia raja yang menjadi lembang perpaduan
dan menghargai pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negara

revisi cepat bab empat

Kronologi Peristiwa Hubungan Melaka dengan China
1404
Maharaja Yung Lo menghantar Laksamana Yin Ching ke Melaka bermatlamat


memperluaskan kawasan dagangan





1405 -
Kerajaan Ming mengiktiraf Parameswara sebagai raja

1409
a
Laksamana Cheng Ho dihantar bersama-sama satu inskripsi pengiktirafan iaitu

cop mohor, payung kuning dan kain sutera


b.
Menurut laporan Ma Huan iaitu dalam karyanya Ving-Tai Sheng, Melaka merupakan

kerajaan yang pertama menerima inskripsi ini


c.
Laksamana Cheng Ho dan Ma Huan iaitu seorang jurubahasa melawat Melaka yang


bertujuan mengeratkan hubungan




1411
Parameswara melawat China sebagai membalas lawatan pembesar China ke Melaka demi

merapatkan lagi hubungan persahabatan




1412
Megat Iskandar Shah melawat China




1413
Laksamana Cheng Ho melawat Melaka untuk kali ketiga



1419
Lawatan Iskandar Syah untuk kali ketiga

Khamis, 9 Oktober 2008

Sejarah bab tiga

Kerajaan Angkor
1.
Kerajaan Angkor diasaskan pada abad ke-9 Masihi
2.
Pusat kerajaan ini terletak di kawasan hilir Sungai Mekong
3.
Kawasan selatan tasik Tonle Sap menjadi kawasan pertanian utama kerana
a. Mempunyai tanah yang rata serta lumpur lanar yang subur untuk pertanian
b. Iklim yang panas serta lembab sepanjang tahun
c. Air banjir pada musim hujan dari Sungai Mekong akan mengairi kawasan sekitar tasik
d. Air banjir ini kemudian disalirkan melalui terusan ke kawasan sawah padi yang lain
e. Tasik ini juga membekalkan ikan kepada penduduk
4.
Kerajaan Angkor membina baray untuk kemudahan sistem pertanian
a. Baray ialah kolam air yang dibina untuk menampung 30 juga meter padu air
b. Air disalirkan kepada 12.5 juta ekar sawah
5.
Raja dalam sistem pemerintahan Angkor pula mempunyai kuasa mutlak dan sianggap
sebagaiDewaraja.
6.
Raja akan dibantu oleh kaum kerabatnya ketika menjalankan tugas pentadbiran
7.
Antara pemerintah yang termasyhur dan mencapai zaman kegemilangan ialah zaman
pemerintahan Suryavarman II
8.
Pada zaman kegemilangan ini, kerajaan Angkor telah menerima agama Hindu-Buddha
sebagai agama utamanya
9.
Angkor Wat merupakan bukti penerimaan agama Hindu-Buddha oleh kerajaan Angkor

Rabu, 8 Oktober 2008

Sejarah bab tiga

Kerajaan Awal Di Asia Tenggara
Sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara di bahagikan kepada dua kerajaan iaitua) Kerajaan agrariab) Kerajaan maritim
Kerajaan agraria terdiri darupada kerajaan Funan dan kerajaan Angkor
Kerajaan maritim terdiri daripada kerajaan Champa, kerajaan Srivijaya, kerajaanMajapahit kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Chih Tu

Sejarah bab dua

Zaman Paleolitik
Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh masa 200 000 tahun hingga 300,000 tahun dahulu
Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik adalah seperti berikut:Lokasii. Kota Tampan, Perakii Bukit Jawa, Perak iii Bukit Bunuh, Lenggong, Perakiv Gua Niah, Sarawakv Tingkayu, Sabah
Ciri-ciri penempatan dan masyarakati. Hidup berpindah randah atau nomadii. Tinggal di gua dan sekitar kawasan tasik
Kegiatan utamai. Memburu binatangii. Memunggut hasil hutan seperti buah-buahaniii. Mengamalkan cara hidup sara diri
Peralatani. Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam kehidupan seharian
Kepercayaani. Mengamalkan kepercayaan animismeii Mengamalkan upacara perkuburan
Zaman Neolitik
Mengikut para pengkaji sejarah, Zaman Neolitik bermula 7000 tahun dahulu
Ciri-ciri masyarakat zaman ini adalah seperti berikutLokasi di Malaysiai. Gua Cha, Kelantanii. Bukit tengkorak, Sabahb. Ciri - ciri penempatan dan masyarakati. Tinggal di gua yang berhampiran dengan sungaiii. Membuat pembahagian kerjaiii. Wujud sistem bermasyarakativ. Mempunyai seorang ketuac. Kegiatan utamai. Bercucuk tanamii. Menangkap ikaniii. Menternak binatangiv. Berburuv. Memungut hasil hutanvi. Membuat barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelangd. Peralatani. Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayuii. Mencipta tembikar, bekas air, periuk dan belangae. Kepercayaani. Mengamalkan kepercayaan animisme
Zaman Logam
Zaman logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.
Manusia telah mula mencipta alat gangsa dan besi
Antara ciri-ciri Zaman Logam ialaha. Lokasii. Sungai Tembeling, Pahangii. Gua Harimau, Perakiii. Chankat Menteri, Perakb. Ciri-ciri penempatan dan masyarakati. Nuka hidup secara menetap di satu tempatii. Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di guaiii. Mempunyai adat resamc. Kegiatan utamai. Bercucuk tanamii. Menangkap dan menternak binatangiii. Berburuiv. Berdagang secara bertukar barangd. Peralatani. Mencipta alat logam daripada gangsa dan besie. Kepercayaani. Sudah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentuii. Mengamalkan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu

Sejarah bab satu

Tujuan Dan Faedah Mempelajari Sejarah
* Membuat penilaian mengenai sesuatu peristiwa.
* Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa.
* Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa.
* Memberi semangat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulangi keagungan negara seperti pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka.
* Sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini tidak akan berulang.
* Memupuk semangatpatriotisme iaitu perasaan cintakan tanah air.
* Membantu membuat ramalan pada masa hadapan iaitu tentang sesuatu peristiwa.
* Semangat cinta yang menebal dan sanggup berkoban demi negara.
Ciri-ciri sejarah
* Terbahagi kepada dua Fakta yang tepat dan benar.
* Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih.
* Fakta sejarah tidak boleh direka dan tokok tambah.
* Fakta sejarah juga perlu dipertangungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.
* Contohnya di penemuan arkeologi Kota Tampan, Perak membuktikan penempatan awal di negara kita bermula sejak 35,000 tahun dahulu.
Penting dan bermakna
* Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari kebangsaan, hari guru dan segala kejadian berkaitan dengannya adalah adalah sebahagian daripada sejarah.
* Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat masyarakat dan negara.
* Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat pengenalan diri, lessen memandu, jenis darah, jenis penyakit yang dihidapi dan sebagainya.
* Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang rapat dengan kita adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang.
* Kad akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam juga mengandungi maklumat penting tentang perkahwinan seseorang majlis seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Pekerja adalah untuk menghargai guru dan pekerja.
Sebab dan Akibat
* Sejarah juga menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada peristiwa atau sebab dan akibat.
* Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa apa, siapa, bila, di mana, mengapa, bagaimana peristiwa itu berlaku.
* Sebagai contoh: kemasukan kaum imigran Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai budaya dan amalan sendiri.
Sumber Sejarah
* Sumber Sejarah terbahagi kepada dua iaitu sumber pertama atau sumber primer dan sumber kedua atau sumber sekunder.
Sumber Pertama
* Dikenali sebagai sumber primer.
* Sumber ini ialah kumpulan sumber atau bahan asli, belum ditafsirkan, diolah dan dicetak.
* Sumber primer adalah dalam bentuk kertas, fosil, artifak, keterangan lisan.
* Contoh-contoh sumber pertama ialah surat peribadi, diri, manuskrip, batu bersurat yang belum dicetak.
* Ahli sejarawan digalakkan menggunakan sumber pertama kerana ia akan membawa sejarawan menghampiri situasi sebenar yang berlaku Muzium negara dan arkib negara merupakan tempat menyimpan bahan-bahan yang boleh dirujuk.
Sumber Kedua
* Dikenali sebagai sumber sekunder.
* Sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan yang bertulis.
* Sumber ini merupakan sumber kedua bahan yang ditulis dan ditafsir oleh sejarawan.
* Contoh-contoh sumber kedua ialah buku, ensiklopedia, majalah dan surat khabar, buku teks, rencana, jurnal, laporan tahunan jabatan & risalah.
Kaedah Sejarah
* Kaedah Lisan
* Sumber lisan ialah sesuatu yang diucapkan atau diberitahu oleh orang sumber.
* Ahli sejarah memperolehi maklumat sejarah melalui cerita-cerita lisan atau pengucapan oleh seseorang tokoh.
* Maklumat yang diperolehi terus daripada respons melalui ucapan, penceritaan dan perbualan dinamakan kaedah lisan.
* Sumber sejarah yang diperolehi melalui kaedah lisan berkait rapat dengan sastera rakyat seperti mitos, lagenda dan puisi.
* Ahli sejarah perlu mengelakkan diri daripada memasukkan unsur tokok tambah.
* Ilmu sains dan teknologi menyebabkan televisyen, internet, televedio, cakera padat, pita rakaman menjadi sumber lisan utama. Ini juga dikenali sebagai kaedah pandang dengar.
*Menonton berita dan liputan secara langsung melalui televisyen dianggap sebagai sumber lisan.
* Kaedah mendapat sumber lisan yang lain ialah temu ramah & penceritaan.
* Kaedah temuramah dan penceritaan ini bertujuan untuk mendapatkan latar belakang ataupun pandangan daripada seorang tokoh.
Kaedah Bertulis
* Kajian terhadap sesuatu fakta juga boleh didapati daripada bahan bertulis.
* Pengkaji telah menggunakan alat-alat di bawah untuk mentafsir fakta yang diperolehi iaitu catatan perjalanan, diari, duit syiling, daun, kesan pahatan di batu nisan atau di dinding gua, daun kayu, kulit kayu, gading dan kertas surat / manuskrip.
* Melalui sumber yang ditulis dilakar dan dipahat membantu sejarawan memperolehi maklumat mengenai sesuatu perkara, peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan & adat resam.
* Contoh sumber bertulis ialah sejarah Melayu mengenai Kesultanan Melayu Melaka.
Kaedah Arkeologi
* Melalui kaedah arkeologi, fakta yang diperolehi didapati dengan proses gali cari bahan- bahan purba yang tertanam di dalam tanah atau dasar laut.
* Ia juga merupakan kaedah saintifik.
* Bahan yang dijumpai dipanggil sebagai artifak.
* Kebanyakan bahan ini disimpan di Muzium atau Arkib.
* Artifak ini dapat menjelaskan kegiatan dan kebudayaan manusia zaman dahulu.
* Melalui proses pentakrihan radiokarbon, ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah dapat disahkan.
Pentafsiran Sejarah
*Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya.
*Pengkaji sejarah perlu mengkaji dan membuat penyelidikan mengikut tatacara yang betul dan tepat.
*Tafsiran sejarah adalah berbeza mengiktu kaca mata antara ahli sejarah.
*Tafsiran sejarah boleh berbeza kerana seseorang pengkaji cenderung untuk mendorong sesuatu pihak.
*Perkara ini dikaitkan dengan bias atau kecondongan dalam sejarah.
*Ahli sejarah atau pengkaji sejarah perlu menilai dan membuat pentafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah dengan jujur dan bertanggungjawab.
*Tafsiran yang benar dan tepat bertujuan untuk memberi maklumat yang benar kepada masyarakat tentang sesuatu peristiwa itu.

Ahad, 5 Oktober 2008

Khamis, 11 September 2008

Kisah lima perkara aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Al-Quran sebagai pembela di hari akhirat

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Isnin, 4 Ogos 2008

Tentang saya

Assalamualaikum & salam sejahtera. Nama saya Muhammad Izlan b. Mispan dan tinggal di Kampung Seri Cheding,Banting, Selangor.Saya berusia 13 tahun & belajar kat SMK telok Datok.
Saya minat...............................................