Rabu, 15 Oktober 2008


Parameswara di Palembang
1.
Melaka telah diasaskan oleh seorang putera raja yang berasal dari Pelembang
Timur Sumatera iaitu Parameswara. Beliau telah mengasaskan Melaka pada 1400
2.
palembang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya
3.
Palembang juga pernah menjadi negara di bawah kekuasaan Majapahit
4.
Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah mengambil kesempatan
untuk membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit
5.
Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan selepas
diserang Majapahit
6.
Parameswara telah lari ke Temasik

Parameswara di Temasik
1.
Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit,
Parameswara bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang laut berundur ke
Temasik (Singapura)
2.
Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang wakil kerajaan
Siam. Beliau telah meyambut Parameswara dengan baik
3.
Parameswara berpandangan bahawa Temasik boleh berkembang maju kerana
kedudukannya yang strategik
4.
Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak
pertuanannya
5.
Parameswara bertindak memunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik selama
lima tahun. Baginda berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan
Srivijaya
6.
Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan baginda bersama-sama
pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di Muar
Kedatangan Parameswara
1.
Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan
2.
Pada tahun 1400. Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui
Sening Hujung dan Bertam
3.
Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan
pohon api-api dan pokok bakau di persisiran pantai
4.
Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun
5..
Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang Melayu dan
Orang Asli. Pekerjaan utama mereka ialah nelayan
6.
Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan
mendirikan kota kerana kedudukannya berhampiran laut

Faktor-faktor Pemilihan Melaka
1.
Parameswara mendapati kedudukan tersebut amat baik kerana berhampiran laut
yang menjadi laluan kapal dagang
2.
Bekalan aiir bersih juga mudah diperolehi
3.
Bentuk muka bumi yang berbukit bukau juga boleh dijadikan petunjuk bagi pekerja dan
memudahkan urusan mengawal Selat Melaka
4.
Pokok Bakau dan api-api boleh dijadikan benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi

Asal-usul Nama Melaka
1.
Sejarah Melayu
Pokok Melaka
I.
Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing
perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok
II.
Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan
tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk
dijadikan negeri
2.
Istilah Arab
Mulaqah, Malakat
I.
Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab
II.
Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud 'pertemuan'
III.
Mereka juga menyebut Melaka 'Malakat' yang bermaksud 'perhimpunan segala dagang'
3.
Mitos Hindu Karya Skanda Purana (Bahagian berjudul Vaishnara Khanda)
Pokok Amalaka
I.
Nama ini diambil daripada pokok iaitu sepohon pokok iaitu pokok Amalaka
yang pertama tumbuh di alam semesta
II.
Poko ini dianggap mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan
kekuatan
III.
Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana pokok ini dikaitkan dengan kediaman
agama Hinduu iaiatu Brahma Vishu. Buahnya juga dianggap buah ajaib
IV.
Oleh sebab pelabuhan Melaka berkembang pesat, pedagang-pedagang Hindu
mengaitkan Melaka dengan pokok tersebut
Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka
1.
Parameswara adalah seorang pemimpin yang bijak dan mempunyai wawasan
2.
Beliau cekap dalam perancangan membangun dan memajukan Melaka menjadi
sebuah pelabuhan yang dapat menarik pedagang asing
3.
Beberapa langkah yang berkesan telah diambil oleh Parameswara untuk
membangunkan Melaka menjadi pelabuhan entrepot
Kemudahan Pelabuhan di Melaka
1.
Parameswara bijak merancang dan berusaha gigih untuk memantapkan kemudahan yang
terdapat di pelabuhan Melaka
2.
Baginda telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti
a.
Kemudahan gudang untuk menyimpan barang
b.
Kemudahan membaiki kapal
c.
Kemudahan pengangkytan seperti kapal, perahu, jong, lancara. Gajah dan pekerja
turut disediakan
d.
Bekalan air bersih dan makanan
Menjalinkan Hubungan dengan Siam
1.
Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam iaitu dengan menghantar ufti tahunan
2.
Oleh demikian, Melaka tidak diserang oleh Siam dan menjadikan keadaan Melaka
aman dan damai
3.
Siam juga mengiktiraf kedaulatan Melaka
Hubungan dengan Negara China
1.
Mengasaskan perhubungan baik dengan China untuk menjamin keselamatan Melaka
2.
Hubungan persahabatn dengan China telah membawa kepada perkembangan Melaka
dengan lebih pesat lagi
3.
Kedatanga Laksamana Ying Ching, utusan Maharaja China ke Melaka pada tahun
1404 telah membuka jalan untuk menjalinkan perhubungan dengan China
4.
Hubungan ini tidak terputus, pada tahun 1405 dan 1409, Laksamana Cheng Ho telah
datang melawat Melaka mewakili maharaja China
5.
Parameswara telah memohon perlindungan China dan bersetuju menghantar ufti
6.
Sebagai balasan kerajaan China telah mengurniakan
a.
payung kuning
b.
cap mohor
c.
sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan
7.
Antara faedah yang diperoleh ialah
a.
Kerajaan Melaka telah diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat
b.
Parameswara telah diiktiraf sebagai raja yang berdaulat
c.
Melaka memperoleh perlindungan daripada ancaman Siam
d.
Perhubungan ini membolehkan Melaka berkembang maju dan aman damai
Sistem Pemerintahan yang Teratur
1.
Parameswarra juga telah membentuk sistem pemerintahan yang teratur
2.
Baginda telah mewujudkan jawatan seperti
a.
pembesar yang bertanggungjawab dal hal ehwal balairung seri
b.
40 orang bentara untuk menjalankan perintah raja
c.
Biduabda kecil membawa alat-alat kebesaran raja
3.
Parameswara dan pembesar-pembesar telah menyumbang kepada pembangunan Melaka
ketika itu.